Isaiah Mustafa Dipilih Bawakan Watak Mike Hanlon Dalam Filem IT: Chapter 2

0
29
views

Akhirnya, pelakon terakhir yang bakal bawakan watak dewasa ahli kumpulan ‘Losers Club’ telahpun dipilih. Isaiah Mustafa dilaporkan akan membawa watak dewasa Mike Hanlon dari filem pertama IT. Berita tersebut didedahkan sendiri oleh pelakon itu sendiri selepas dia memuatnaik gambar dimana Instagram miliknya.

Mustafa akan menyertai pelakon-pelakon lain iaitu James McAvoy sebagai Bill, Jessica Chastain sebagai Beverly, Bill Hader sebagai Richie, Jay Ryan sebagai Ben, James Ransone sebagai Eddie, Andy Bean sebagai Stanely Uris, serta Bill Skarsgård yang akan kembali sebagai si badut Pennywise.

It: Chapter 2 ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama It. Selain itu juga, Bill Skarsgård akan turut kembali membawa watak Pennywise.

Filem pertama It telah mencipta beberapa rekod serta mencipta fenomena dikalangan peminat-peminat filem seram. Minggu pertama tayangannya telah berjaya mengaut $123.1 juta dolar, menjadi filem R-Rated kedua paling tinggi kutipan tiket dibelakang filem Deadpool dan menjadi filem seram paling laris selepas berjaya mengutip lebih $700 juta dolar.

It: Chapter 2 dijangka akan memulakan penggambaran musim panas ini dan dijangka akan menemui penonton pada 6 September 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here