Iron Man “Menyerang” Eiffel Tower?

1
262
views

Eiffel Tower

Iron Man menyerang dan mengodam sistem lampu Eiffel Tower di Paris? Bukan, sebenarnya pelakon Robert Downey Jr. yang menggodam sistem lampu Eiffel Tower di Paris semata-mata mahu menyalakan lampu bertemakan warna Iron Man iaitu merah dan emas.

Ia adalah sebahagian daripada promosi oleh pihak Marvel Entertainment sebelum tayangan filem ‘Captain America: Civil War’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan Downey Jr. di kawasan Eiffel Tower sambil memegang peranti yang mengawal sistem lampu struktur ikonik itu.

“Team Cap… bagaimana anda akan tandingi itu? Anda akan kalah,” kata Downey Jr. pada penghujung video itu.

So, kepada peminat diluar sana? anda sokong yang mana? Iron Man atau Captain America?

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here