Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Akan DatangArkibBerita

Insidious Chapter 4 ditunda tayangan ke tahun hadapan


Peminat filem Insidious perlu menunggu sehingga ke tahun hadapan untuk filem keempat dalam francais filem seram ini. Filem Insidious: Chapter 4 keluaran Universal Pictures dan Sony Pictures ini asalnya hendak ditayangkan pada tarikh pra-Halloween iaitu 20 Oktober, tetapi diubah tarikh tayangan ke 5 Januari 2018 (tarikh tayangan di US).

Universal akan memberi laluan kepada filem seram Blumhouse lain iaitu Half to Death pada tarikh 20 Oktober 2017 nanti.