Indiana Jones 5, Projek Terbaru Steven Spielberg

0
84
views

Pengarah legenda,  Steven Spielberg dijangka akan menghasilkan filem terbarunya yang juga filem kelima franchise Indiana Jones tidak lama lagi. Selepas menghasilkan dua filem berjudul The Post dan Ready Player One, kini filem Indiana Jones 5 dan filem remake West Side Story akan menjadi projek terbaru pengarah tersebut.

Pelakon utama franchise berkenaan, Harrison Ford dijangka akan kembali membawakan watak Dr. Henry Walton “Indiana” Jones Jr dalam filem terbaru ini nanti. Setakat ini pihak Disney menetapkan tarikh untuk filem berkenaan pada 20 Julai 2020.

Penulis lakonlayar filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, David Koepp akan menyertai Spielberg menulis filem kelima ini. Bagaimanapun, sebelum peminat Spielberg dapat melihat filem Indiana Jones 5, anda kena menonton filem remake West Side Story yang mana dijangka akan ditayangkan sebelum filem Indiana Jones 5. 

Tony Kushner dilaporkan akan menulis versi baru West Side Story. Filem West Side Story diterbitkan pada 1961 dan merupakan salah satu filem muzikal paling ikonik pernah dihasilkan.

Jadi kepada peminat pengarah Steven Spielberg, adakah anda tidak sabar menunggu filem-filem barunya nanti terutamanya Indiana Jones 5?

Sumber: Movieweb.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here