Indiana Jones 5 Akan Memulakan Penggambaran April 2019

0
191
views

Pengarah Steven Spielberg mendedahkan kepada Empire Awards bahawa filem kelima Indiana Jones yang juga filem terbaru arahannya akan memulakan penggambaran pada April tahun hadapan.

Filem Indiana Jones 5 telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 20 Julai 2020 dan akan menyaksikan ‘reunion’ diantara pengarah tersebut dan aktornya Harrison Ford.

Filem itu juga akan diterbitkan oleh ‘bos’ Lucasfilm, Kathleen Kennedy dan Frank Marshal, manakala David Koepp akan bertindak selaku penulis.

Karakter arkeologis dan pengembara Indiana Jones mula diperkenalkan dalam filem Raiders of the Lost Ark yang diterbitkan pada 1981, diikuti tiga filem seterusnya iaitu Indiana Jones and the Temple of Doom yang diterbitkan pada 1984 ,Indiana Jones and the Last Crusade pada tahun 1989, dan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull pada tahun 2008. Keempat-empat filem tersebut telah mengutip $2 billion kutipan seluruh dunia

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here