Incredibles 2 Cipta Rekod, Catat Kutipan $231.5 Juta Dolar Seluruh Dunia

0
354
views

Filem terbitan Disney-Pixar, Incredibles 2 meraih kutipan yang cukup memberangsangkan apabila berjaya mencatatkan kutipan sebanyak $231.5 juta seluruh dunia pada minggu pertama tayangannya.

Dari jumlah tersebut, sebanyak $180 juta dolar diraih dari pasaran domestik US, kutipan minggu pertama paling tinggi untuk filem animasi, mengatasi rekod yang dipegang oleh filem Finding Dory yang mengutip $135 juta dolar dua tahun lepas.

Untuk pasaran antarabangsa, sebanyak $51.5 juta dolar berjaya diraih filem berkenaan.

The Incredibles 2 diarahkan oleh Brad Bird manakala suara-suara dalam filem ini dibawakan oleh Craig T. Nelson sebagai Bob, Holly Hunter sebagai Helen, Sarah Vowell sebagai Violet, Huck Milner sebagai Dash dan Samuel L. Jackson sebagai Frozone.

Filem animasi ini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam seluruh negara.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here