Imej Pertama Cable, Otot Evangeline Lilly Dan Penampilan Pertama Hailee Steinfeld Dalam Filem Bumblebee

0
183
views

“We all have that one, grumpy, heavily armed Uncle from the future. #PremiumCable #MaximumAsshole.” tagline yang dikeluarkan dari profile rasmi Ryan Reynolds bersama-sama gambar terbaru watak baru dalam filem Deadpool 2, Cable lakonan Josh Brolin. Ia merupakan imej rasmi Cable dalam filem tersebut selepas peminat menunggu lama bagaimanakah Cable yang dilakonkan oleh Josh Brolin.

Deadpool 2 kini dalam pengambaran dan filem yang diarahkan oleh pengarah John Wick, David Leitch dibintangi oleh Ryan Reynold, Josh Brolin,  serta beberapa pelakon lain. Selain Cable, karakter baru yang diperkenalkan dalam filem tersebut adalah Domino serta Black Cassidy (belum disahkan).

Deadpool 2 akan ditayangkan 1 Jun 2018.

Sementara itu, Evangeline Lilly sempat memuatnaik gambarnya di Twitter yang selesai melakukan “work out” dan bersedia untuk memulakan pengambaran wataknya dalam filem Ant-man & The Wasp.  Nampaknya karakter Lilly kali ini lebih bertenaga dan berotot berbanding dalam filem terdahulu.

Selain Paul Rudd dan Michael Douglas, Evangeline Lilly turut akan bersama-sama dengan pelakon baru seperti Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne,Hannah John-Kamen, Walton Goggins dan Randall Park.

Ant-Man & The Wasp akan berlaku selepas event Captain America: Civil War walaupun filemnya ditayangkan lewat iaitu selepas tayangan filem The Avengers: Infinity War. 

Diset pengambaran filem spinoff Bumblebee pula, bintang filem tersebut Hailee Steinfeld telah memuatnaik gambarnya di laman Twitter yang menunjukan penampilannya untuk filem tersebut. Beliau mengenakan fesyen dan gaya ala 80-an, sesuai dengan latarbelakang filem berkenaan yang bertemakan zaman 80-an.

Hailee Steinfeld akan membawakan watak Charlie Watson, karakter wanita utama yang akan bersama-sama dalam Bumblebee dalam filem itu.

Bumblebee diarahkan oleh pengarah Kubo & 2 Strings serta turut dibintangi oleh Pamela Adlon, John Cena, Stephen Schneider, Jorge Lendeborg Jr., Jason Drucker, Kenneth Choi, Ricardo Hoyos, Abby Quinn , Rachel Crow  dan Grace Dzienny.

Bumbleblee dijangka akan ditayangkan 21 Disember 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here