IMAX Sahkan Filem X-Men: Dark Phoenix Dan The New Mutants Akan Ditayangkan 2019

0
41
views

Desas-desus tentang pembatalan dua filem Marvel Fox, X-Men: Dark Phoenix dan The New Mutants akhirnya terjawab apabila kedua-dua filem tersebut diletakkan dalam senarai tayangan tahun 2019 oleh IMAX.

Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan dua filem tersebut bakal dibatalkan disebabkan masalah jalan cerita dan juga pelakon. Bagaimanapun, berita tersebut sekadar khabar angin dari sebuah forum.

Sebelum ini, X-Men: Dark Phoenix telah ditetapkan tarikh tayangan pada 2 November ini manakala The New Mutants pula 13 April yang lalu. Bagaimanapun, kedua-dua filem tersebut ditunda ke tahun hadapan bagi memberi laluan kepada beberapa proses penggambaran semula.

Fox kemudiannya telah menetapkan tarikh X-Men: Dark Phoenix pada 14 Februari 2019 manakala The New Mutants pada 2 Ogos 2019.

Jadi kepada peminat-peminat filem X-Men, tak sabar nak tonton kedua-dua filem ini?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here