Filem Mamma Mia: Here We Go Again! Telah menambah satu lagi bintang dalam senarai pelakon-pelakon yang membintangi filem muzikal tersebut. Menurut laman web Variety, icon muzik antarabangsa Cher dilaporkan sah akan membintangi filem sekual Mamma Mia. Artis tersebut sebelum ini memberi ‘hint’ dilaman Twitter beliau bahawa dia akan terlibat dalam pembikinan filem sekuel Mamma Mia.
Cuma buat masa ini, peranan dan watak yang bakal dilakonkan oleh penyanyi terbabit tidak diketahui lagi buat masa ini.
— Cher (@cher) October 15, 2017
Filem pertama Mamma Mia yang diterbitkan pada tahun 2008, telah berjaya mengaut lebih $600 juta seluruh dunia, tetapi dari segi review ia mendapat kritik yang bercampur-campur dengan laman web IMDb memberi rating sebanyak 6.4/10 manakala Rottentomatoes memberi peratusan sebanyak 54%.
Untuk filem terbaru ini, ianya akan diarahkan dan ditulis oleh Ol Parker manakala para pelakonnya pula terdiri daripada pelakon dari filem sebelum ini seperti Meryl Streep (sebagai Donna), Julie Walters (Sebagai Rosie), Christine Baranski (Sebagai Tanya), Amanda Seyfried, Dominic Cooper reunite Pierce Brosnan, Stellan Skarsgård dan Colin Firth.
Selain itu juga, memandangkan filem Mamma Mia: Here We Go Again akan memamparkan babak-babak flashback, beberapa pelakon baru turut dimasukkan didalam senarai pelakon seperti Lily James yang akan membawakan watak Donna sewaktu muda, Alexa Davies akan membawakan watak Rosie semasa muda dan Jessica Keenan Wynn sebagai Tanya semasa muda.
Mamma Mia: Here We Go Again telah memulakan pengambaran pada pertengahan Ogos yang lalu dan bakal ditayangkan pada 20 Julai 2018