Iko Uwais Sertai Netflix Hasilkan Siri Televisyen Wu Assassins

0
554
views

Netflix mengumumkan bahawa bintang filem The Raid, Iko Uwais akan menyertai mereka dalam siri aksi jenaya drama terbaru berjudul Wu Assassins. Pelakon aksi Indonesia itu akan membawakan watak Kai Jin, seorang ketua yang menjadi pembunuh upahan terbaru dan terakhir Wu Assassin.

Pelakon itu juga akan bertindak selaku penerbit serta koreografer seni mempertahankan diri serta koordinator lagak ngeri untuk siri tersebut.

John Wirth pula menjadi penulis serta penerbit eksekutif manakala Stephen Fung akan mengarah dua episod pertama siri ini. Sebanyak 10 episod telah diberikan oleh Netflix untuk siri televisyen ini.

Setakat ini selain beliau, hanya pelakon Byron Mann diumumkan akan membintangi Wu Assassins, manakala pelakon-pelakon akan diumumkan dalam masa terdekat.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here