Ika Nabella Dakwa Di Pukul Pengarah Drama

0
275
views

Pelakon, Ika Nabella, 26, mendakwa dipukul seorang pengarah drama di lokasi penggambaran di Hulu Klang, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Ika mendakwa dia ditumbuk dan dipukul di muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki terbabit.

“Ketika itu saya sudah rasa sakit dan tak boleh nak teruskan, tapi terpaksa juga untuk habiskan beberapa babak,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika penggambaran drama bersiri 20 episod itu baru memasuki hari kedua.

Berikutan kejadian itu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, di sini, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Ditanya mengenai punca kejadian itu, Ika enggan mengulas dan menyerahkan kepada pihak polis. Ika berkata, dia juga masih dalam keadaan trauma dan belum bersedia untuk kembali ke lokasi penggambaran drama bersiri itu.

Difahamkan, kejadian itu turut disaksikan dua pelakon lain di lokasi penggambaran drama terbabit.

sumber: Harian Metro

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here