Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Idris Elba Inginkan Watak Superhero Dalam Marvel Cinematic Universe


Menurut laman web Entertainment Weekly, Idris Elba yang bawakan watak Heimdall dalam filem Thor: Ragnarok inginkan peranan yang lebih besar dalam Marvel Cinematic Universe.

Beliau memberitahu pada wartawan laman web berkenaan bahawa peranannya kali ini dalam filem Thor: Ragnarok lebih menarik dari filem-filem sebelum ini. Mungkin disebabkan peranannya dalam filem kali ini lebih besar berbanding filem sebelumnya yang hanya memaparkan beberapa babak yang dilakukan oleh beliau.

“I like that I have a little part in Thor. I’m neither movie star or day player. It allows me to do other things I love. The last one [Ragnarok] was fun. The others weren’t fun. They’re work. But on this one, Taika [Waititi, the director] was great.”

Walaupun gembira dengan wataknya dalam MCU, berharap tetap dapat membawakan watak penting dalam Marvel Cinematic Universe, misalnya watak superhero.

“I wish I was more present in the Marvel family. I like what I have, but I also wish that I had a bigger character in the Marvel universe.”“It’s been great, but I kinda think I need a bit more. I want to be a superhero. I like the idea of that.” 

Idris Elba membuat kemunculan pertama filem Thor (2011) serta kemunculan kedua dalam filem Thor: The Dark World pada 2013 dan juga pernah muncul sebagai watak cameo dalam filem Avengers: Age of Ultron pada 2015. Beliau akan kembali dalam filem Marvel akan datang sebagai Heimdall, Thor: Ragnarok yang bakal ditayangkan hujung bulan ini


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee