Hugh Jackman Mencadangkan Tom Hardy Untuk Membawa Karakter Wolverine

0
221
views

Wolverine-One-Last-Time

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa pelakon Hugh Jackman yang membawa watak X-Men terkenal, Wolverine tidak akan meneruskan lakonannya sebagai Wolverine selepas filem terakhir Wolverine 3 yang bakal ditayangkan pada 2017 nanti.

Dengan pengumunan yang dilakukan oleh pelakon tersebut, pihak Twentieth Century Fox kini sedang mencari pelakon yang sesuai untuk mengantikan aktor Hugh Jackman bagi meneruskan kesinambungan filem X-Men dan spin-off Wolverine akan datang.

Ura-ura mengatakan bahawa pelakon filem Mad Max: Fury Road, aktor Tom Hardy akan dipilih mengantikan Hugh Jackman untuk filem-filem mereka pada akan datang. Tom Hardy pernah berlakon dalam filem yang diadaptasikan dari siri komik iaitu The Dark Knight Rise dengan membawa watak antagonist Bane

Gambaran Tom Hardy sebagai Wolverine oleh Bosslogic
Gambaran Tom Hardy sebagai Wolverine oleh Bosslogic

Malah berita tersebut disambut baik oleh Hugh Jackman yang menganggap Tom Hardy calon yang sesuai untuk mengantikannya.

Apapun, aktor-aktor yang bakal dipilih perlu menjalani proses pemilihan oleh pihak produksi bagi memastikan aktor tersebut benar-benar boleh membawa karakter berkenaan.

Kepada peminat Hugh Jackman, nantikan filem terakhir beliau sebagai Wolverine dan filem spin off Wolverine 3 akan datang pada tahun 2017 nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here