HBO Lancarkan Trailer Westworld Musim Kedua

0
87
views

Bagi merancakkan musim kedua siri televisyen Westworld, HO telah melancarkan trailer terbaru siri televisyen tersebut.

Siri televisyen Westworld musim kedua akan kembali bersiaran di saluran HBO (Astro Ch 411 / 431HD) mulai 23 April 2018 (setiap hari Isnin) jam 9 pagi dan siaran ulangan pada 10 malam pada hari yang sama. Penonton juga dapat menonton siri 10 episod ini di HBO On Demand (melalui Astro GO).

Siri televisyen western sains fiksyen thriller ini dihasilkan oleh Jonathan Nolan dan Lisa Joy untuk HBO dan ia merupakan siri ‘remake’ dari filem berjudul sama yang dihasilkan pada tahun 1973.  J. J. Abrams, Jerry Weintraub, dan Bryan Burk bertindak selaku penerbit ekskutif.

Anda boleh layari laman web hboasia.com untuk mengentahui dengan lebih lanjut tentang siri televisyen Westworld musim kedua.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here