HBO Lancar Teaser Game of Thrones: Hall of Faces Musim Ke-6

0
162
views

game-of-thrones-season-6-release-date

HBO mengeluarkan teaser terbaharu siri fantasi pengembaran musim ke-6, Game of Thrones: Hall of Faces, semalam serta memberi para peminat gambaran tentang apa yang akan berlaku dalam siri terbaharu drama ini.

Peminat dikejutkan dengan penampilan kembali beberapa watak yang lama seperti Jon Snow, Ned, Catelyn, Robb, and Joffrey ketika adegan di Hall of Faces dalam teaser tersebut.

Penampilan mereka dilihat amat menyeramkan serta mendebarkan para penonton.

Teaser terbaharu siri drama ini sudah tentu mengujakan rata-rata peminat yang tidak sabar menonton siri musim terbaharu ini.

Game of Thrones akan ditayangkan mulai 24 April ini di siaran HBO.

Siri musim ke-6 ini akan menceritakan pergelutan antara beberapa kerajaan dalam perebutan takhta serta kuasa.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here