Harith Iskander Sambut Kelahiran Anak Ke-3

0
217
views

harith-iskandar

Pelawak terkenal negara, Harith Iskander dilaporkan telah menyambut kelahiran anak ketiga mereka. Menerusi akaun Instagram miliknya, beliau telah berkongsi berita gembira dengan memuat naik sekeping foto yang menunjukan dirinya sedang tersenyum sambil memeluk bayi tersebut pada Isnin lalu.

Selain itu, Harith juga memberitahu bahawa bayi lelaki itu berada dalam keadaan sihat dan dia juga telah mendedahkan nama anak ketiganya iaitu Zydane Xayne Iskander.

Dalam pada itu, ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan kepada Harith dan keluarga oleh peminat melalui ruangan komen di Instagramnya.

Terdahulu, Harith telah melangsungkan perkahwinan dengan Jezamine Lim pada tahun 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander dan Alessandrea Jayne Iskander.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here