Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Happy Death Day (2017) Review


Pernahkah anda menonton filem bertemakan ‘time-loop’ seperti Edge of Tomorrow, Groundhog Day dan Source Code dimana watak utama mengalami satu keadaan luarbiasa apabila terperangkap dalam ulangan masa. Inilah konsep yang ditonjolkan dalam filem Happy Death Day arahan Christopher B Lando ini. Bezanya, Christopher B Lando membawa tema ‘time-loop’ kedalam sebuah filem bergenrekan horror slasher ini.

Filem ini menceritakan seorang pelajar sekolah tinggi yang terperangkap dengan ulangan masa semasa hari jadinya. Lakonan Jessica Rothe sebagai Tree Gelbman, beliau merupakan seorang pelajar perempuan yang cukup nakal di kolejnya. Pada hari kelahiran Tree, dia dapati dirinya telah diburu oleh seorang individu bertopeng yang ingin membunuhnya kerana dendam. Namun setelah dibunuh oleh individu terbabit, beliau mendapati dirinya akan kembali ke masa asal iaitu dipagi hari kelahirannya. Disitu, Tree mula menyiasat siapakah individu yang membunuhnya dan cuba untuk mengatasi misteri tersebut bagi membebaskan dirinya dari perangkap masa.

Happy Death Day dilihat seperti tipikal filem-filem slasher yang lain dimana watak utama diburu oleh individu bertopeng, tetapi Christopher mengadunkan genre tersebut dengan tema ‘time-loop’ seperti filem Edge of Tomorrow bagi membuatkan ia kelihatan menarik. Jika Edge of Tomorrow lebih kepada mencari jalan untuk menghapuskan makhluk asing yang cuba menakluk Bumi, Happy Death Day lebih kepada mencari dan menyiasat penjahat dalam filem ini. ‘Live die repeat’ – itu yang dilakukan oleh Tree yang ingin mencari individu disebalik topeng tersebut bagi membebaskan dirinya dari perangkap masa.

Jalan ceritanya bagi saya sangat biasa dan element slasher serta thriller pula tidak segempak filem-filem seperti Scream, Halloween mahupun Friday the 13th walaupun menampilkan penjahat bertopeng. Pengarah cuba meniru penjahat-penjahat bertopeng dalam filem tersebut tetapi gagal untuk menunjukan superiority penjahat tersebut dalam memburu dan menyeksa mangsanya. Apa yang saya dapati, Happy Death Day ‘terlebih’ menonjolkan elemen komedi dan drama remaja berbanding elemen slasher horror itu sendiri, malah penjahatnya bagi saya tidak menakutkan langsung terutamanya topeng berwajah bayi yang digunakan kelihatan seperti sebuah ‘joke’

Mujur sedikit elemen twist serta moral dalam filem ini sedikit sebanyak menyelamatkan filem Happy Death Day dari dilabel sebuah filem ‘tiru’ yang teruk. Sekurang-kurangnya, moral yang cuba disampaikan memberi sedikit kesedaran kepada penonton. Malah twist di penghujung filem juga menyebabkan penonton tidak sangka bahawa pembunuhnya berada dekat dengan watak utama.


Walaubagaimanapun, Happy Death Day masih boleh dianggap sebagai sebuah filem horror yang ‘enjoy’ dan ‘fun’ untuk ditonton. Sekirannya anda seorang peminat ‘kipas-susah-mati’ filem seram slasher, diharapkan anda merendahkan sedikit ‘expectation’ anda apabila menonton filem ini kerana jika anda mahukan sesuatu yang ganas dan gore, Happy Death Day bukanlah filem yang saya cadangkan untuk anda tonton.

Happy Death Day masih lagi ditayangkan di pawagam-pawagam Malaysia

Rating Kakimunvee: 6.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee