Hana Sugisaki Bintangi Filem ‘Live Action’ Bleach

0
80
views

Bintang filem Hana Sugisaki dilaporkan akan membintangi filem ‘live-action’ terbitan Warner Bros. Japan yang berjudul Bleach. Aktres berkenaan akan membawakan watak Rukia Kuchiki yang merupakan ‘Soul Reaper’ dalam siri manga Bleach.

Hana Sugisaki baru-baru ini telah pernah membawakan watak Rin Asano dalam filem Blade of the Immortal dan menjadi pelakon suara dalam anime May in Mary and the Witch’s Flower.

Setakat ini, filem ‘live action’ Bleach sudah memiliki dua pelakon termasuk Sota Fukushi yang akan membawakan watak Ichigo Kurosaki, manakala Shinsuke Sato akan bertindak selaku pengarah filem.

Filem ‘Live action’ Bleach telah ditetapkan tarikh tayangnya pada 20 Julai 2018.

Gambaran Hana Sugisaki sebagai Rukia

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here