Hampir Kesemua Pelakon Avengers: Infinity War Menerima Skrip Palsu – Paul Bettany

0
243
views

Bagi memastikan ke’rahsia’an filem Avengers: Infinity War, pihak Marvel Studios telah menggambil beberapa langkah yang begitu ketat dan berhati-hati bagi mengelakkan jalan cerita filem berkenaan bocor sebelum filem tersebut ditayangkan.

Tidak terkecuali, para pelakon filem Avengers: Infinity War juga turut diambil langkah berjaga-jaga oleh pihak studio bagi mengelakkan mereka mendedahkan jalan cerita filem Infinity War secara tidak sengaja kepada umum.

Menurut salah sorang pelakonnya, Paul Bettany (yang membawakan watak Vision), hampir kesemua pelakon telah menerima skrip palsu bagi mengelakkan mereka dari mengentahui keseluruhan jalan cerita filem Avengers: Infinity War. 

“Maksud saya, benar-benar gila, kami membaca skrip yang palsu skrip dan kemudian mereka mempunyai “twist’ palsu dan adegan yang tidak pernah dirakam dan anda akan bercakap dengan pengarah dan mereka akan mengatakan ‘semuanya tidak berlaku.”

Selain itu juga, Paul Bettany juga memberitahu kesemua pelakon masih belum menonton filem penuh Avengers: Infinity War dan hanya akan menonton apabila filem tersebut ditayangkan pada 27 April ini.

Ini bukan pertama kali pelakon filem ketiga Avengers itu mendedahkan kerahsian yang cuba dilakukan oleh pihak studio kepada para pelakon filem berkenaan. Sebelum ini, pelakon watak Spider-Man, Tom Holland telah mendedahkan bahawa beliau telah menerima skrip yang tidak lengkap dan hanya melibatkan babaknya sahaja.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here