Halle Berry dan Oliver Martinez Bercerai

0
204
views

Halle Berry Oliver Martinez,

PELAKON ternama Hollywood, Halle Berry dan suaminya, Oliver Martinez, mengumumkan mereka telah bercerai.

Pengumuman itu dibuat pasangan berkenaan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan kepada stesen televisyen CNN pada Selasa.

Dalam kenyataan itu, Berry dan Martinez menjelaskan, keputusan itu diambil bersama dan hubungan mereka tetap baik demi anak tunggal mereka, Maceo.

Pasangan itu berkahwin pada Julai 2013 dan Berry melahirkan Maceo pada bulan Oktober.

Berry bertemu Martinez pada tahun 2012 di set penggambaran filem Dark Tide.

Perkahwinan dengan Martinez merupakan perkahwinan ketiga Berry yang mempunyai seorang lagi anak, Nahla, 7, bersama bekas suaminya Gabriel Aubry. Martinez pula pernah berpacaran dengan penyanyi Kylie Minogue selama empat tahun.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here