Hafiz Hamidun Ingin Hasilkan Filem Islamik

0
79
views

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun memberitahu dia kini sedang mula berjinak-jinak dalam bidang perfileman, dan menyuarakan hasrat untuk menerbitkan filem berkonsepkan Islamik pada masa depan.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun bagaimanapun berkata perancangannya itu tidak akan dilaksanakan dalam masa tedekat ini.

“Sesekali terlintas juga mahu menerbitkan filem Islamik. Biarpun tidak pernah bergiat secara langsung dalam filem, saya sering menimba pengalaman menerbitkan skor muzik di layar perak pada tahun 2009 untuk filem Nur Kasih The Movie.

“Saya juga memperoleh pengalaman sama dalam beberapa filem lain seperti “Juvana” dan KL Gangster,” – Hafiz Hamidun

Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun itu berkata keinginannya untuk menerbitkan filem Islamik timbul apabila penyanyi dan komposer di negara seberang Indonesia, Melly Goeslow turut menerbitkan filem.

Oleh itu, Hafiz berasa cukup optimis dengan keinginannya itu dan sekiranya mendapat kerjasama daripada penulis skrip, penerbit dan komposer yang bagus, maka ia pasti akan menghasilkan sebuah filem yang hebat.

Hafiz bagaimanapun belum mempunyai perancangan serius terhadap penerbitan filem bergenre Islamik buat masa ini, tetapi berharap impiannya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here