Gurauan Mark Hamill Mengenai Spoiler Last Jedi Di Anggap Serius Oleh Wartawan

Aktor Star Wars, Mark Hamill terkenal dengan sikapnya yang suka bergurau sama ada secara sinis atau perli. Terbaru, laman web The Hollywood Reporter telah mengambil serius mengenai status aktor tersebut dilaman Twitter yang memberi amaran kepada peminat Star Wars agar tidak membaca komik Star Wars isu #49 yang diterbitkan pada awal 80-an kerana dikatakan mengandungi spoiler untuk filem Star Wars akan datang yang berjudul The Last Jedi.

Loading...

Status tersebut bagaimanapun telah membuatkan wartawan The Hollywood Reporter mengeluarkan artikel meminta peminat Star Wars tidak membaca komik tersebut bagi mengelakkan spoiler.

Mark Hamill kemudiannya mengeluarkan satu lagi status yang memberitahu bahawa beliau hanya bergurau dan berkata, pengarah filem Rian Johnson tidak begitu “bodoh” untuk mengharapkan sebuah komik yang diterbitkan 30 tahun dahulu sebagai sumber inspirasinya dalam mengarahkan filem Star Wars: The Last Jedi. 

Ter”kena” dengan gurau aktor tersebut, wartawan The Hollywood Reporter kemudiannya mengemaskini artikel mereka dan memberitahu bahawa Mark Hamill hanya bergurau mengenai komik Star Wars tersebut.

Sept. 17, 7 a.m. Hamill said he was indeed only joking about the comic. – The Hollywood Reporter

Mujur aktor seperti ini wujud di Hollywood, jika ada seorang “Mark Hamill” di Malaysia, rasanya ramai wartawan, artis tempatan dan di”troll” oleh beliau.

Star Wars: The Last Jedi akan ditayangkan pada 15 Disember 2017 dan peminat Star Wars hanya boleh menunggu sehingga tarikh tersebut untuk mengentahui cerita disebalik tajuk yang diberikan oleh Lucasfilm itu.

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *