Guardians Of The Galaxy: Siapakah Villian dan Ayah Star Lord?

0
543
views

Guardians-of-the-Galaxy-movie-wallpaper-by-Phoenix

Sekuel filem Guardians Of The Galaxy iaitu filem pertama dari 3 filem Marvel yang akan ditayangkan pada 2017 akan memulakan proses pembikinan filem tersebut dalam masa beberapa minggu akan datang. Penulis yang juga pengarah filem ini, James Gunn kembali bersama-sama kesemua pelakon filem sebelum ini dan mereka akan memulakan pengambaran di studio yang baru dibina di Atlanta (Studio dimana filem Ant-Man dan Captain America: Civil War dibuat)

Gunn menjanjikan yang filem sekuel terbaru ini akan lebih beremosi dan tidak menggunakan banyak karakter bagi memastikan penonton dapat mengenai setiap karakter dalam filem ini dengan lebih dekat. Khabar angin mengatakan bahawa Guardians Of The Galaxy Vol. 2 ini adalah lebih kepada cerita untuk mencari dan mengenai ayah sebenar hero dalam filem ini iaitu Peter Quill a.k.a Star-Loard (Lakonan Chris Pratt)

Buat masa ini penonton tidak mengentahui siapakah bapa kepada Peter Quill (melainkan peminat setia komik Marvel), tetapi kita akan mengentahuinya nanti kerana aktor yang bakal membawa karakter ayah Peter Quill sedang diuji oleh pihak produksi.

Guardians-of-the-Galaxy-2-Kurt-Russell-News

Menurut laman web Screen Rant, James Gunn dan pihak Marvel mahukan aktor Kurt Russel untuk membawa karakter ayah Star-Load dan kini mereka juga sedang menguji aktor yang bakal membawa karakter villian dalam filem sekuel terbaru nanti.

Selain itu juga, dikatakan terdapat beberapa villian yang unik akan muncul dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 antaranya Ego the living planet.

Ego-the-Living-Planet-from-Marvel-Comics

Cuma persoalannya disini adakah karakter villian dan ayah kepada Star-Load adalah orang yang sama? ini memandangkan klu yang diberi oleh James Gunn bahawa filem ini akan lebih beremosi malah tidak melibatkan karakter yang banyak. Malah jika anda menonton filem yang pertama, Yondu (Michael Rooker) mengambarkan ayah Peter Quill adalah seorang yang tidak berguna atau bahasa lainnya “jackass”.

Apapun filem ini masih diperingkat awal pembikinan, kami akan sajikan kepada anda berita-berita terbaru mengenai filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 ini.

James Gunn merupaka penulis dan pengarah filem sekuel Guardians of the Galaxy yang mana turut dibintangi oleh Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Michael Rooker, Sean Gunn, Benicio del Toro, Pom Klementieff, dan suara oleh Bradley Cooper dan Vin Diesel.

Akan ditayangkan pada 5 May 2017

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here