Gotham Musim Ke-5 Akan Menjadi Musim Terakhir

0
99
views

Pihak FOX telah mengumumkan siri televisyen Gotham musim kelima akan menjadi musim terakhir siri tersebut. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh FOX mengenai musim terakhir Gotham

“The fifth and final season will wrap up this unique origin story of the great DC Comics Super-Villains and vigilantes, which revealed an entirely new chapter that has never been told,”

Buat masa ini pihak studio tidak mendedahkan berapakah jumlah episod akan bersiaran pada musim kelima itu nanti, tetapi berdasarkan laporan dari laman web Comingsoon.net, Gotham musim kelima mungkin akan bersiaran sebanyak 13 episod bagi melengkapkan 100 episod siri televisyen berkenaan.

Musim terakhir juga bakal memberi fokus kepada transformasi Bruce Wayne menjadi adiwira Batman.

Siri televisyen Gotham kini telah memasuki episod terakhir musim keempat dengan episod terakhir bertajuk A Dark Knight: No Man’s Land akan bersiaran pada 17 Mei ini.

Gotham dibintangi oleh Ben McKenzie sebagai Detective James Gordon, Donal Logue sebagai  Harvey Bullock, David Mazouz sebagai Bruce Wayne, Morena Baccarin sebagai Leslie Thompkins, Sean Pertwee sebagai Alfred, Robin Lord Taylor sebagai The Penguin, Erin Richards sebagai Barbara Kean, Camren Bicondova sebagai Selina Kyle/Catwoman, Cory Michael Smith sebagai Edward Nygma/the Riddler, Jessica Lucas sebagai Tabitha Galavan, Chris Chalk sebagai Lucius Fox, Drew Powell sebagai Butch Gilzean/Solomon Grundy, Alexander Siddig sebagai Ra’s Ah Ghul, dan Crystal Reed sebagai Sofia Falcone.

Gotham berdasarkan dari karakter DC dan diterbitkan oleh Warner Bros. Television. Bruno Heller, Danny Cannon dan John Stephens yang bertindak selaku penerbit eksekutif siri televisyen ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here