Goodbye Christopher Robin Review

0
158
views

Pernahkah anda menonton siri kartun atau membaca buku kanak-kanak Winnie-the-Pooh? mesti pernah terutamanya semasa anda berada dizaman kanak-kanak. Bagi mereka yang mengentahui siri kartun atau buku kanak-kanak Winnie the Pooh, anda mesti mengenai salah satu karakternya iaitu Christopher Robin.

Goodbye Christopher Robin merupakan filem terbaru lakonan aktres yang cukup anda kenali dalam filem Suicide Squad, Margot Robbie. Filem ini diarahkan oleh Simon Curtis serta ditulis oleh Frank Cottrell-Boyce dan Simon Vaughan. Selain Margot Robbie, Goodbye Christopher Robin turut dibintangi pelakon Domhnall Gleeson, dan Kelly Macdonald.

Goodbye Christopher Robin merupakan sebuah filem biografi mengenai pencipta buku kanak-kanak terkenal Winnie The Pooh iaitu A. A. Milne (lakonan Domhall Gleeson) berserta keluarga beliau terutamanya anak lelakinya yang bernama Christopher Robin (lakonan Will Tilston).

Selepas terlibat dalam Perang Dunia Pertama, kehidupan A. A. Milne menjadi tidak tenteram, kesan daripada peperangan yang pernah disaksikannya suatu ketika dahulu. Akibat daripada itu, beliau kemudiannya membuat keputusan untuk menulis sebuah buku tentang anti peperangan dan tinggal di kawasan pedalaman walaupun ditentang oleh isterinya, Daphne (Margot Robbie). Bagaimanapun semasa tinggal dikawasan tersebut, beliau telah menukar fikirannya untuk menulis buku tentang anti peperangan kepada menulis sebuah buku kanak-kanak dengan menggunakannya anaknya, Christoper Robin serta anak patung milik Christoper Robin sebagai imaginasi buku karyanya yang berjudul Winnie The Pooh.

Filem ini boleh dikatakan agak perlahan perjalanan ceritanya dan banyak memaparkan perhubungan antara dua karakter. Bagaimanapun, ia tidak bermakna filem ini membosankan. Perhubungan dua karakter benar-benar menjadi dan mampu memberi impak emosi kepada penonton terutamanya melihat perhubungan diantara pengasuh Christopher Robin iaitu Olive (lakonan Kelly MacDonald) yang telah menanggap anak asuhannya itu seperti anaknya dan lebih memahami Christopher Robin berbanding kedua-dua anaknya itu. Ia secara tidak langsung menyampai moral kepada penonton supaya lebih mendekati anak dan memahami kehendak mereka.

Kualiti lakonan para aktor filem ini juga sangat menyakinkan terutamanya pelakon kanak-kanak Will Tilston dalam menjayakan watak Christoper Robin. Pelakon kanak-kanak tersebut berjaya mengekpresikan keceriaan, tekanan dan kesedihan Christopher Robin dalam filem ini. Bagi Margot Robbie, wataknya tidak begitu ditekankan sangat dalam filem ini kerana wataknya hilang seketika dipertengahan cerita kerana meninggalkan suami serta anaknya untuk pulang ke kota. Bagaimanapun, beliau tetap memberi persembahan terbaik sebagai Daphne. Domhall Gleeson juga tidak mengecewakan tetapi Kelly MacDonald berjaya memenangi hati saya selepas melihat lakonannya sebagai Olive yang begitu banyak memberi kesan emosi kepada saya.

Sinematografi filem ini juga cukup cantik, dengan warna yang cukup terang dan kostum yang begitu menarik, ia berjaya menghalang penonton merasa bosan dengan sebuah filem yang agak ‘slow pace’ ini. Jujur saya katakan, saya sangat suka dengan pencahayaan dan ‘angle’ yang ambil oleh sinematografer, ia benar-benar memukau mata saya melihat kecantikan ‘shot’ sinematografinya. Malah kostum serta susun aturnya sangat sempurna sehingga saya tidak nampak sebarang kecacatan dalam film ini.

Secara keseluruhannya, Goodbye Christopher Robin merupakan sebuah filem biografi kekeluargaan yang harus anda tonton di pawagam. Ia bukan semata-mata mahu melihat kisah disebalik karakter Christopher Robin dalam buku kanak-kanak Winnie the Pooh, tetapi juga melihat kecantikan sinematografi, moral yang cuba disampaikan, skrip yang begitu sempurna serta kualiti lakonan para pelakon filem ini.

Rating Kakimuvee: 8/10

Goodbye Christopher Robin

0.00
8.3

BIOGRAFI/DRAMA

9.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.0/10

PLOT / CERITA ASAL

8.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.5/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

8.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here