Glass Raih $89 Juta Seluruh Dunia Pada Minggu Pertama

0
37
views

Filem terbaru arahan M. Night Shyamalan, Glass berjaya mencatat kutipan memberansangkan apabila meraih $89.1 juta dolar seluruh dunia. Kutipan itu termasuk kutipan domestik Amerika Syarikat sebanyak $40.6 juta dolar dan kutipan antarabangsa sebanyak $48.5 juta dolar.

Kutipan tersebut meletakkan Glass ditangga teratas carta Box Office di Amerika Syarikat mengatasi filem-filem lain seperti The Upside, Dragon Ball Super: Broly, Aquaman dan Spider-Man: Into The Spider-verse. 

Glass yang telah memulakan tayangan di Malaysia merupakan sekuel kepada filem Unbreakable yang ditayangkan pada 2000 dan Split pada tahun 2016. M. Night Shyamalan kembali mengarahkan dan menulis siri terakhir Unbreakable ini disamping Jason Blum yang menjadi penerbit bersama-sama M. Night Shyamalan dan Marc Bienstock.

Turut bersama dalam filem ini adalah Samuel L. Jackson sebagai Elijah Price, aka Mr. Glass dan Sarah Paulson sebagai seorang doktor psikatri yang merawat ketiga-tiga individu ini di hospital sakit jiwa. Anya Taylor-Joy kembali membawakan wataknya dalam filem Split sebagai Casey Cooke, iaitu satu-satunya tebusan The Horde/Beast yang terselamat.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here