Gladiator 2 akan menghidupkan kembali Maximus

0
175
views

Pada tahun 2000, filem pemenang anugerah Oscar Ridley Scott, dan juga yang mana Russell Crowe memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik Oscar untuk filem Gladiator. Filem ini memberi nafas baru kepada genre filem epik. Berlatarbelakangkan di dalam Empayar Rom purba, filem ini memperkenalkan gladiator fiksyen terbaik yang ditayangkan di skrin layar perak, Maximus Decimus Meridius (Russell Crowe). Dalam babak akhir filem ini, Maximus berjaya mengalahkan maharaja jahat, Commodus (Joaquin Phoenix) di Colosseum, tetapi tidak sebelum menerima ‘kelaran’ beracun yang akhirnya membunuh beliau selepas kemenangannya.

Menurut skrip yang ditulis oleh Nick Cave untuk sekuel Gladiator ini, Maximus berada di “kehidupan selepas mati’ dan bertemu dengan dewa-dewa purba Rom. Rohnya kemudian “hidup kembali’ di dalam tubuh pahlawan Kristian yang mati, dan kemudiannya Maximus mengetuai tentera pemberontak Kristian dan mendapati bahawa anaknya masih hidup. Malangnya dalam skrip ini, watak Djimon Honsou iaitu, Juba, meninggal dunia. Hmmm ‘Supernatural’ lah pulak.

Menurut pengarah Gladiator, Ridley Scott tentang skrip Gladiator 2 yang menerokai kehidupan selepas mati dan penjelmaan semula :

“It was about bringing [Maximus] back. It’s a good idea. [Russel Crowe] said, ‘listen, I’ve got some thoughts. What can we do with Gladiator?’ and I said, ‘well I think I can bring you back.’ That’s how it began. He’d been working with Nick Cave, so then we talked, the three of us, and out of it evolved the screenplay.

“You know I can bring him back, I know how to bring him back. I talked him [Crowe] into how I bring him back. I used the [body] of a dying warrior as a portal to bring somebody back.”

Buat masa ini seolah-olah kita tidak akan melihat Gladiator 2 dalam waktu terdekat, Ridley Scott menyatakan bahawa skrip Gladiator 2 ini masih di atas rak di DreamWorks. Dan Russell Crowe kini sibuk membina ‘Monsterverse’ Universalnya – The Mummy. Dan menurut Ridley Scott, Russell Crowe telah berumur sedikit sejak kali terakhir memakai perisai gladiator. Tetapi sudah tentu, CGI boleh ‘memudakan’ beliau kembali.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here