Girlfriend Kontrak, Filem Fifty Shades of Grey Versi Tempatan

0
246
views

girlfriend kontrak

Tidak lama lagi Malaysia akan mempunyai filem yang diinspirasikan oleh filem popular Hollywood, “Fifty Shades of Grey”.

Bakal ditayangkan pada September ini, “Girlfriend Kontrak” pastinya akan mengingati kita kepada filem “Fifty Shades” kerana kedua-dua filem ini mempunyai persamaan iaitu ‘hubungan kontrak’ diantara gadis biasa dengan lelaki kaya.

Perkara itu dinyatakan oleh pengarahnya Virginia Kennedy ketika sidang media “Girlfriend Kontrak”, “Ketika saya di L.A, dimana ketika itu semua orang membaca novel “Fifty Shades of Grey”, saya fikir ‘bagaimana anda boleh menulis seperti itu tetapi dalam versi kurang sensasi daripada yang asal?”

Dalam pada itu, Virginia berkata filem ini memberi fokus kepada percintaan dan tidak mempunyai unsur erotik untuk membuatkan filem ini sesuai untuk tontonan semua.

Dibintangi Keith Foo dan Nur Risteena, filem ini turut dibarisi Bront Palarae, Farah Fauzana dan ramai lagi.”Girlfriend Kontrak” mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang menjadi teman wanita ‘upahan’ seorang lelaki jutawan demi menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya di kampungnya.

“Girlfriend Kontrak” akan menemui penonton pada 24 September 2015.

sumber: www.cinema.com.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here