Geostorm (2017) Review

Bagi yang gemarkan filem-filem bertemakan “Disaster” seperti 2012, Deep Impact, Days After Tomorrow, Armageddon, San Andreas  pasti tidak sabar menonton filem terbaru lakonan Gerard Butler yang berjudul Geostorm ini.

Dari trailer anda tonton, anda boleh lihat bagaimana umat manusia diancam malapetaka cuaca yang begitu dasyat sehinggakan ia mampu untuk menghapuskan umat manusia sama sekali. Tetapi, tidak seperti filem-filem disaster” yang lain, Geostorm ini menampilkan sedikit kelainan dari segi konsep dan perjalanan ceritanya.

Kebiasaannya, filem yang saya sebutkan diatas, kita akan lihat bagaimana sekumpulan manusia cuba menyelamatkan diri malapetaka yang datang ataupun berhempas pulas mahu menyelesaikan sesuatu misi penting agar Bumi diselamatkan, tetapi Geostorm keluar sedikit dari tipikal filem-filem yang melibatkan bencana alam ini kerana malapetaka yang bakal tiba bukannya datang dari alam itu sendiri tetapi dari kerakusan tangan manusia itu yang ingin menguasai dunia.

Geostorm mengisahkan Jake Lawson (Gerard Butler) yang dihantar ke stesen angkasa lepas bagi menyiasat anomali yang berlaku pada salah satu satelit cuaca yang telah menyebabkan sebuah kampung di Afghanistan membeku secara tiba-tiba. Penyiasatan Lawson bagaimanapun telah membawa kepada penemuan satu rancangan jahat sekumpulan individu yang ingin menyebabkan Geostorm atau malapetaka cuaca di Bumi dan seterusnya menguasai dunia dan menjadikan satelit yang mampu mengawal cuaca sebagai senjata pemusnah.

Bagi menghalang rancangan jahat individu terbabit, Jake Lawson telah meminta bantuan adiknya, Max Lawson (Jim Sturgess) yang berada di Bumi untuk menyiasat dalang disebalik rancangan tersebut dan mencari jalan bagaimana mereka mampu menghentikan Geostorm yang bakal berlaku.

Mood filem ini dari permulaan cerita sehingga ke penghujung bagi saya tidak membosankan walaupun aksinya hanya bermula dipertengahan cerita. Pemburuan Jake dan Max Lawson yang ingin mencari dalang disebalik insiden itu diantara sebab filem ini sangat menarik. Selain itu juga, mereka turut meletakkan beberapa babak-babak humor yang mampu membuatkan penonton ketawa.

Dari segi aksi bagi saya boleh dianggap ‘OK” dan tidak begitu mengujakan. Aksi-aksi dalam filem ini bagi saya sangat cliche – sama seperti saya menonton filem-filem aksi lakonan Gerard Butler. Watak baik begitu kebal, karakter meninggalkan petunjuk sebelum mati dan banyak lagi. Cuma yang menariknya apabila kita melihat beberapa bandar besar seperti Tokyo, Moscow, Mumbai dan Dubai dilanda bencana cuaca yang dasyat seperti Tsunami, hujan batu, ribut taufan dan kepanasan melampau.

Gerard Butler seperti biasa memberikan persembahan terbaik beliau berserta dialog-dialog kasar yang sering dituturkannya dalam filem-filem aksi lakonannya, cuma kali ini “F-word” jarang disebut olehnya. Tetapi yang mencuri tumpuan adalah lakonan aktres Abbie Cornish yang membawakan watak sebagai seorang agen kerajaan yang membantu tunangnya, Max. Lakonan begitu mantap dan berjaya membawa karakternya dengan baik sekali.

Secara keseluruhan, Geostorm mampu memberikan sebuah filem disaster setanding dengan filem-filem seperti 2012, Deep Impact, Armageddon dan lain-lain lagi. Jadi kepada peminat-peminat filem seperti ini, Geostorm adalah filem yang menarik untuk anda tonton.

Rating Kakimuvee: 8/10

Geostorm (2017)

0.00
Geostorm (2017)
79

AKSI / DISASTER

6/10

    MUZIK LATAR, SOUND EFFECT

    9/10

      PLOT / CERITA ASAL

      7/10

        VISUAL / PRAKTIKAL EFFEK

        9/10

          LAKONAN AKTOR / KARAKTER

          9/10

            Post Author: Kakimuvee

            Loading...

            Leave a Reply

            Your email address will not be published. Required fields are marked *