Gangsterock Review

0
532
views
slide01
www.soffijikan.com

Genre: Aksi / Komedi

Pengarah: Soffi Jikan

Penerbit: Yusof Kelana

Pelakon: Soffi Jikan, Izara Aishah, Saiful Apek, Aqasha, Khir Rahman, Sharifah Amani, Namron, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Z Zamri dan Syafie Naswip.

Penulis Skrip: Soffi Jikan

Syarikat Produksi: YKS Filmmaker Sdn Bhd

Edaran: Rex Film Distribution Sdn. Bhd.

Masa Tayangan: 1 jam 30 minit

Tarikh Tayangan: 17 Julai 2015

Fuh! filem tempatan yang lain daripada yang lain. Filem pertama arahan Soffi Jikan ini boleh dikatakan sangat unik kerana kita seolah – olah menonton dua filem dalam satu satu masa – seperti menonton filem KL Gangster dan filem Rock. Memang tidak hairanlah kerana Soffi pernah berlakon dalam kedua – dua filem tersebut dan pengalamannya berlakon dalam filem itu telah membuat Soffi berjaya membuat filem ini menarik dan thrill.

Lakonan para pelakon seperti Izara Aishah, Aqasha, Khir Rahman, Sharifah Amani dan yang lain-lain juga tidak mengecewakan. Berjaya memastikan watak yang mereka bawa benar-benar hidup ditambah pula lakonan Soffi dan Saiful Apek yang terkenal dengan lawak-lawak spontan mereka, humor yang terdapat dalam filem ini memang mencuit hati.

gangsterock scene

Tidak seperti filem-filem tempatan yang lain yang boleh diagak jalan cerita dan “ending”nya, plot filem ini tidak boleh dijangka terutamanya semasa dipenghujung penceritaan – kiranya pengarah filem ini bijak untuk memanipuasi jalan cerita filem ini. Tambahan pula, mesej yang disampaikan cukup jelas iaitu dimana geng – geng rockers menentang lanun – lanun cetak rompak, memang bertepatan dengan situasi cetak rompak yang berleluasa sekarang.

Cuma kekurangan filem ini adalah dari segi visual dan audio yang kurang memuaskan. Aksi, scene humor dan penceritaan filem ini boleh dikatakan pada level yang terbaik berbanding filem-filem tempatan yang lain.

gang1 (1)

Apa yang pasti, filem ini merupakan filem pertama arahan Soffi Jikan, ia boleh dianggap berjaya dan diharap Soffi akan mengarahkan filem-filem lain akan datang nanti. Untuk yang tidak menonton filem ini lagi, filem ini layak berada dalam checklist wayang anda. Sangat berbaloi.

Secara overal, filem ini layak untuk mendapat 4.5/5 bintang. 

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang Shake (Soffi Jikan) mencuba nasib menjadi bintang rock di Kuala Lumpur. Dia bertemu dengan Brono (Saiful Apek) yang mahu membantunya.

Namun gangster di Kuala Lumpur  menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan rockers. Hanya dengan semangat rockers sejati, bersatu menentang kezaliman dan mencari jalan keluar. Mampukah Shake, Brono dan Rockers yang lain bersatu menentang kumpulan gangster tersebut?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here