Gambar Terbaru Spider-Man: Far From Home Yang Menampilkan Nick Fury Bersama Spider-Man

0
20
views

Dengan proses pengambaran filem Spider-Man: Far From Home, banyak gambar-gambar terbaru telah dikongsikan dilaman Twitter. Terbaru, beberapa keping gambar telah dikongsikan penggunga laman Twitter yang memaparkan ejen S.H.I.E.L.D Nick Fury bersama Spider-Man didalam sebuah bot. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yang menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ di Eropah.

Diarahkan oleh Jon Watts serta ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, Spider-Man: Far From Home turut dibintangi oleh Michael Keaton, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan watak penjahat, Mysterio. Turut muncul dalam filem ini nanti adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Spider-Man: Far From Home akan menemui penonton pada 5 Julai 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here