Gambar Pertama Leonardo DiCaprio Dan Brad Pitt Dalam Filem Once Upon A Time In Hollywood

0
396
views

Filem jenayah drama berjudul Once Upon a Time in Hollywood kini sedang rancak menjalani penggambarannya Los Angeles. Menerusi laman sosial Instagram milik Lenardo DiCaprio, gambar pertama dua bintang utama filem tersebut iaitu Leo dan Brad Pitt telah didedahkan kepada umum. Anda boleh lihat gambar versi penuh dibawah.

Once Upon a Time in Hollywood mengisahkan tentang  Rick Dalton (lakonan Leonardo DiCaprio) seorang bintang televisyen yang ingin menceburi perniagaan yang berkaitan dengan dunia perfileman. Pembantunya, Cliff Booth (lakonan Brad Pitt) yang juga merupakan pelakon lagak ngeri beliau juga ingin menceburi perniagaan yang sama. Bagaimanapun, jirannya iaitu seorang aktres, Sharon Tate telah dibunuh oleh pengikit Charles Manson bersama empat lagi individu yang turut berada dalam rumah aktres tersebut. – Kejadian pembunuhan Sharon Tate dan rakanya itu telah menjadi latarbelakang jalan cerita filem ini.

Diarahkan oleh Quentin Tarantino, filem Once Upon a Time in Hollywood turut dibintangi pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Margot Robbie, Burt Reynolds, Timothy Olyphant, Michael Madsen, Tim Roth, Damian Lewis, Luke Perry, Emile Hirsch, Dakota Fanning, Clifton Collins, Keith Jefferson, Nicholas Hammond, James Marsden, Julia Butters, Scoot McNairy dan Al Pacino.

Sony Pictures telah menetapkan tarikh tayang filem ini pada 9 Ogos 2019 bersempena ulangtahun ke-50 peristiwa pembunuhan aktres terkenal Hollywood, Sharon Tate.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here