Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Pertama Kostum The Punisher Didedahkan


Minggu lepas, Netflix telah mengeluarkan teaser trailer siri TV terbaru Marvel iaitu The Punisher, dan hari ini, Netflix telah mengeluarkan gambar pertama The Punisher dan outfit yang dipakai olehnya dalam siri TV antihero Marvel itu nanti.

Pakaian yang dipakai oleh Jon Bernthal dilihat seperti apa yang ditunjukkan dalam komik dengan gambar tengkorak besar berserta  pouch ammo.

The Punisher atau juga dikenali sebagai Frank Castle membuat kemunculan pertama dalam siri Daredevil musim kedua. Dalam siri tersebut, The Punisher cuba memerangi organisasi penjenayah dengan cara tersendiri iaitu membunuh mereka manakala Daredevil dan polis cuba menghentikan The Punisher dari terus bertindak sendirian.

Dalam siri itu juga, ia menceritakan kisah silam Frank Castle yang merupakan bekas tentera US Marine yang ingin membalas dendam terhadap penjenayah kerana menyebabkan dia kehilangan keluarga akibat dibunuh oleh mereka.

The Punisher diarahkan oleh Steve Lightfoot dan dibintangi oleh Jon Bernthal, Ben Barnes, Ebon Moss-Bachrach, Amber Rose Revah, Deborah Ann Woll, Daniel Webber, Jason R. Moore, Paul Schulze, Jaime Ray Newman dan Michael Nathanson.


Musim pertama The Punisher akan berlangsung selama 13 episode di Netflix


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee