Gambar Pertama Halle Berry Dalam Filem John Wick: Chapter 3

0
64
views

Penggambaran filem John Wick: Chapter 3 kini sedang rancak dijalankan. Beberapa gambar pertama di set penggambaran filem tersebut telah dipertontonkan kepada umum terutama gambar pelakon utama, Keanu Reeves.

Bagaimanapun, peminat menantikan satu lagi gambar pertama dari pendatang filem ini iaitu, Halle Berry. Menerusi laman Twitter rasmi filem tersebut, gambar pertama aktres tersebut yang membawakan watak Sofia dalam filem John Wick: Chapter 3 telahpun dipertontonkan kepada umum.. agak ‘badass’ juga.

Selain Keanu Reeves dan Halle Berry, filem ketiga ini turut dibintangi oleh Angelica Huston, Asia Kate Dillon, Mark Dacascos, Jason Mantzoukas, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman, dan Tiger Hu Chen. Sementara itu pelakon Ian McShane, Common, Laurence Fishburne, Lance Reddick, dan Ruby Rose dijangkakan akan meneruskan watak mereka dari filem kedua. Hiroyuki Sanada (aktor dari filem Wolverine) dijangka akan membawakan watak penjahat utama kali ini.

John Wick: Chapter 3 menyaksikan John Wick perlu melarikan diri dari pembunuh-pembunuh upahan seluruh dunia selepas perintah ‘Excommunicado’ dikeluarkan atas kesalahan melakukan pembunuhan dikawasan Hotel Continental.

Chad Stahelski kembali mengarahkan filem ini bersama-sama Derek Kolstad. Dijangkakan, John Wick: Chapter 3 akan ditayangkan diseluruh dunia pada 17 May 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here