Gambar-Gambar Terbaru Filem Star Wars: The Force Awaken

0
320
views

Star-Wars-Episode-VII-banner

Filem trilogy ketujuh Star War, The Force Awaken akan ditayangkan tidak lama lagi. Selepas tamatnya era Darth Vader, kini Lucasfilm dengan kerjasama Walt Disney Pictures dan Bad Robot Productions meneruskan peperangan galaksi yang epik ini dengan menampilkan hero dan pejahat baru. Selain daripada memperkenalkan watak-watak terbaru, pihak produksi turut menampilkan pelakon asal yang membawa watak Luke Skywalker, Han Solo dan Princess Leia dalam filem Star Wars episode V sehingga episode VI.

Baru-baru ini, laman web Entertainment Weekly telah memaparkan gambar-gambar terbaru yang diambil dari beberapa babak filem Star Wars ini. Ianya turut memaparkan gambar penjahat terbaru filem ini nanti seperti Silver Stormtrooper dan Kylo Ren yang juga merupakan Darth Sith terbaru yang mengantikan Darth Vader.

Mari kita layan beberapa gambar terbaru filem Star Wars: The Force Awaken sebelum tayangannya bermula pada penghujung 2015 ini

star-wars-force-awakens-rey-daisy-ridley-finn-john-boyega
Rey (Daisy Ridley) dan Finn (John Boyega) melarikan diri dari sekumpulan Stormtroopers di sebuah Planet bernama Jakku. Finn merupakan bekas Storm Troopers – lihat babak pertama dalam trailer Star Wars.
star-wars-force-awakens-rey-bb8-daisy-ridley
Rey mengambil droid BB-8, droid tersebut dikatakan membawa artifak penting, sama seperti R2D2 membawa mesej dalam filem Star Wars: Episode IV – A New Hope. Nak tahu betul ke tak kena tonton filem ini nanti.
star-wars-force-awakens-finn-john-boyega-tie-fighter (1)
Finn selepas selamat dari terhempas. Sebab dia terhempas tidak diketahui, mungkin ditembak jatuh oleh kapal terbang Stormtroopers.
star-wars-force-awakens-c-3po-r2d2
Masih berkhidmat sehingga kini, R2D2 dan C-3PO. Masih menggunakan pelakon asal iaitu Kenny Baker dan Anthony Daniels. Nampak tak perubahan pada C-3PO? tangan kirinya berwarna merah.
star-wars-force-awakens-poe-dameron-oscar-isaac-x-wing
Oscar Isaac, yang membawa watak juruterbang X-Wing, Poe Dameron dalam filem terbaru ini. Jika sebelum ini tentera ini dikenali sebagai ‘Rebel Alliance’, tetapi dalam filem terbaru, ianya dikenali dengan nama baru, ‘The Resistance’
star-wars-force-awakens-kylo-ren-adam-driver1
Kylo Ren, dibawa oleh aktor Adam Driver. Villain terbaru filem Star Wars. Orang suruhan ‘The First Order’ – Gelaran terbaru ketua Galactic Empire
star-wars-force-awakens-kylo-ren-jakku-stormtroopers
Kylo Ren dan tenteranya membawa misi yang diberikan oleh ketua Galactic Empire, ‘The First Order’
star-wars-force-awakens-captain-phasma-gwendoline-christie (1)
Dalam banyak-banyak kostum dalam filem ini, kostum ini paling menarik. Chrome Stormtrooper ini ialah Captain Phasma dan karakter ini dibawakan oleh bintang Game of Thrones, Gwendoline Christie. Note: Stromtrooper yang ini perempuan tau.
star-wars-force-awakens-general-hux-domhnall-gleeson
Domhnall Gleeson membawakan watak General Hux, Jeneral tentera ‘The First Order’. Khabar angin mengatakan jeneral ini mempunyai kuasa.
star-wars-force-awakens-jj-abrams-lawrence-kasdan
Pengarah J. J. Abrams dan penulis Lawrence Kasdan berbincang di set pengambaran. J.J Abrams dikatakan tidak akan mengarahkan filem Star Wars Episode IX akan datang, manakala Kasdan masih terlibat dalam filem-filem Star Wars akan datang, terutamanya dalam filem spin off Han Solo.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here