Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar-Gambar Disebalik Tabir Filem Captain Marvel


Selepas beberapa hari menjalani penggambarannya secara rasmi, beberapa gambar dari set penggambaran Captain Marvel telah didedahkan kepada umum melalu laman Twitter, @CaptMarvelNews. Gambar-gambar tersebut menunjukan fesyen awal 90an yang digunakan oleh para pelakon bagi menggambarkan latarbelakang tahun filem Captain Marvel. anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah.

Captain Marvel diarahkan secara bersama oleh  Anna Boden dan Ryan Fleck manakala Geneva Robertson-Dworet, Meg LeFauve dan Nicole Perlman bertindak selaku penulis lakonlayar filem Captain Marvel.

Filem superheroin pertama Marvel ini dibintangi oleh Brie Larson sebagai Carol Danvers aka Captain Marvel dan dibantu oleh Jude Law sebagai Mar-Vell, Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury serta beberapa pelakon lain seperti Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace serta Clark Gregg yang kembali membawakan watak Agent Phil Coulson

Captain Marvel dijangka akan menemui penonton pada 8 Mac 2019

Sumber: Comingsoon.net



Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee