Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar-Gambar John Boyega Di Set Pengambaran Pacific Rim: Maelstrom


screenreview.net
screenreview.net

Selepas Guillermo de Toro menarik diri menghasilkan sekuel Pacific Rim, progress pembikinan filem sedikit terganggu. Namun pihak produksi mengambil inisatif apabila memilih bekas pengarah siri Daredevill, Steve S. DeKnight untuk meneruskan proses pembikinan dan kini filem telahpun memulakan kembali pengambaran filem dengan sedikit perubahan pada plot dan skrip filem.

Bintang filem Star Wars: Episode VII – The Force Awakens, John Boyega telah dipilih sebagai pelakon utama dalam filem Pacific Rim: Maelstrom dengan membawa karakter anak kepada Stacker Pentecost (Lakonan Idris Elba) dalam filem pertama.

Terbaru, beberapa keping gambar diset pengambaran Pacific Rim: Maelstrom telah diambil dan di pertontonkan kepada umum. Gambar tersebut menunjukan Boyega sedang melakonkan wataknya di set tersebut:

Selain Boyega, beberapa pelakon lama dan baru turut terlibat dalam pengambaran filem ini antaranya  Scott Eastwood anak kepada pelakon legenda Clint Eastwood, Cailee Spaeny, bintang filem China, Jian Tian, Levi Meaden, Adria Arjona, dan Nick Tarabay. Sehingga kini, Rinko Kikuchi yang membawa watak Mako Mori dalam filem sebelumnya terlibat dalam sekuel ini atau tidak.

Filem Pacific Rim: Maelstrom dijangka akan ditayangkan pada tahun 23 Februari 2018


 

 


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd