Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gal Gadot Enggan Berlakon Dalam Filem Wonder Woman 2 Jika Brett Ratner Tidak Disingkirkan


Pelakon yang juga pemegang watak Wonder Woman, Gal Gadot dikhabarkan tidak mahu berlakon dalam sekuel filem Wonder Woman sekiranya Brett Ratner dan syarikat penerbitan RatPac-Dune Entertainment tidak disingkirkan dari terlibat dalam pembikinan filem superhero wanita itu.

Ini disebabkan kontroversi gangguan seksual oleh pemilik syarikat penerbitan tersebut, Brett Ratner terhadap pelakon Ellen Page. Ellen Page sebelum ini mendedahkan cerita bahawa beliau pernah mengalami gangguan seksual dari penerbit berkenaan.

RatPac-Dune Entertainment telah lama menjadi rakan kongsi Warner Bros. dan bersama-sama terlibat dalam pembikinan filem seperti Dunkirk, The LEGO Movie, Batman v Superman: Dawn of Justice dan Wonder Woman. Kedua-dua syarikat tersebut telah menandatangani kerjasama sejak tahun 2013 dan RatPac telah melabur sebanyak $450 juta untuk terlibat dengan beberapa projek bersama Warner Bros.

Walaupun perjanjian diantara kedua-dua syarikat tersebut berakhir pada 2018, Warner Bros. dilaporkan telah ‘menjauhkan’ diri dari terlibat dengan RatPac-Dune Entertaiment sejak 1 November yang lalu selepas Brett terlibat dengan kontroversi gangguan seksual. Kontroversi tersebut telah memberi kesan kepada studio besar tersebut.

Sejak akhir-akhir, industri perfileman Hollywood digemparkan dengan berita gangguan seksual oleh beberapa individu berpengaruh Hollywood terhadap pelakon-pelakon wanita. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh pelakon-pelakon wanita ini telah menyebabkan kredibiliti individu penting ini jatuh sama sekali sehingga terdapat daripada mereka dipecat dan disingkirkan dari syarikat dan studio perfileman.



Related posts

Wonder Woman 3 Tidak Akan Berlaku Dalam DCU Sama Sekali

Kakimuvee

WONDER WOMAN: Gal Gadot Goda Kepulangannya Ke DCU

Kakimuvee

James Gunn Jelaskan Gal Gadot Tidak “Ditendang” Daripada Peranan Wonder Woman

Kakimuvee

Cameo Henry Cavill & Gal Gadot Dalam “The Flash” Telah Dipotong

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee