Future World (2018) Review

0
87
views

(AMARAN SPOILER)

Sebuah filem yang berkonsepkan post-apocalyptic world yang menemui penonton di pawagam mulai 25 Mei 2018. Lakonan James Franco, Milla Jovovich, Jeffrey Walhberg dengan penampilan istimewa daripada Snoop Dog. Mengisahkan dunia pada masa hadapan yang telah dilanda oleh satu wabak penyakit yang cukup dasyat dikenali sebagai Demam Merah.

Pada fasa terakhir Dunia pada ketika itu juga, seluruh masyarakat terlampau bergantung kepada kemajuan teknologi robotik dimana Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) telah menjadi sesuatu yang mesti dalam setiap diri manusia pada ketika itu. Oleh kerana kebergantungan yang melampau, akhirnya dunia telah dilanda satu musibah itu tadi iaitu Demam Merah dan meranapkan seluruh ketamadunan manusia.

Tinggal di sebuah tempat yang dikenali sebagai Oasis, seorang remaja lelaki bernama Prince telah pun berusaha sedaya upaya untuk menyembuhkan ibunya yang sedang menghadapi Demam Merah tersebut dengan keluar mengembara ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Paradise Beach. Dalam perjalanannya ke sana, beliau telah menempuhi pelbagai keadaan yang mana membawa kepada kematian dua orang rakannya.

Apabila tiba di tempat yang diingini, beliau telah ditangkap oleh sekumpulan puak yang diketuai oleh seorang wanita. Prince bersama rakan seperjuangan baharunya yang juga merupakan seorang robot yang dijumpainya di lokasi pembunuhan rakannya itu telah dirantai di tempat baru yang dijumpainya itu. Tidak lama kemudian, tempat tersebut telah diserang oleh sekumpulan penyerang yang digeruni oleh penduduk setempat.

Filem Future World 2018 ini boleh dikatakan filem gred B dengan visualisasi Gred A. Jalan cerita yang kosong dicampur dengan plot yang berulang – ulang menimbulkan persoalan sama ada pihak produksi serius dalam pembikinan filem atau sekadar hanya ingin menyertai produksi lain di layar panggung. Para penonton akan dapat merasa pengalaman menaiki mesin masa ketika menonton filem ini kerana filem terbitan tahun 2018 ini seolah – olah filem yang dikeluarkan dan sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2000 yang lalu iaitu kira kira 18 tahu kebelakang.

Hanya satu aspek yang layak dipuji dalam filem Future World ini iaitu dari segi camera work yang agak lain daripada yang lain. Namun dari segi aspek teknikal lain dan juga aspek keseronokan, filem ini gagal hampir 80%. Tajuknya juga agak “misleading” sekiranya ingin dilihat dari segi aspek kontinuitinya namun itu adalah sebahagian daripada trik promosi pihak produksi.

Secara keseluruhannya, filem ini mungkin hanya berbaloi ditonton melalui DVD atau slot Astro First sekiranya ada.

Rating Kakimuvee: 2.5/10

0.00
2.5

AKSI / FUTURISTIK

2.0 /10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

3.0 /10

PLOT / CERITA ASAL

2.0 /10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

3.0 /10

PEMBANGUNAN KARAKTER

2.5 /10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here