Frank Grillo Kembali Dalam Filem ‘The Purge 3′

0
438
views

frank-grillo-the-purge

Siapa yang pernah menonton filem The Purge: Anarchy dan Captain America: The Winter Soldier pasti mengenali pelakon Frank Grillo. Beliau memegang watak utama dalam filem The Purge 2 dan berlakon sebagai Brock Rumlow a.k.a. Crossbones dalam filem Captain America: The Winter Soldier. Frank Grillo kini baru sahaja selesai pembikinan filem sequel Captain America: Civil War, dan kini dia akan muncul dalam sequel terbaru The Purge 3.

Semasa dalam filem The Purge: Anarchy, Frank Grillo membawa watak Sarjan Polis yang tidak bertugas pada malam di hari rakyat negara U.S bebas melakukan jenayah. Lakonan Frank yang berkesan dalam filem tersebut telah berjaya menambat peminat filem aksi thriller untuk menonton filem sequel The Purge tersebut.

The-Purge-Anarchy-poster

Menurut laman hiburan Variety, Frank Grillo akan kembali dalam filem The Purge 3 yang mana filem tersebut akan menemui penonton pada musim panas 2016 nanti. James DeMonaco -yang mencipta filem ini- akan menjadi penulis dan mengarahkan filem ketiga siri The Purge ini. Proses produksi akan bermula pada September 2015 nanti.

Pada mulanya, beliau dilaporkan tidak dapat melibatkan diri dalam pembikinan filem ini kerana jadual siri tv beliau, Kingdom bertindih dengan tarikh pembikinan filem. Namun, masalah tersebut dapat diselesaikan dan Frank mendedahkan di dalam laman Twitter yang beliau akan terlibat dalam filem terbaru The Purge.

Pada filem yang lalu, The Purge: Anarchy berjaya mengutip $11o juta seluruh dunia, dan budget produksi hanya $9 juta sahaja. Satu kejayaan buat produksi filem ini. Tambahan pula, kejayaan mereka mengekalkan aktor yang sedang meningkat naik ditambah pula Frank antara pelakon filem – filem Marvel, akan membantu menarik penonton untuk menonton filem franchise The Purge akan datang.

The Purge 3 dijadualkan menemui penonton pada 1 Julai 2016.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here