Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

FOX Hasilkan Filem Dr. Doom


Semasa menghadiri konvensyen dan terlibat sebagai panel untuk siri TV Legion di Comic-Con, San Diego, Noah Hawley mendedahkaWn beliau kini sedang projek terbaru dengan FOX Studio untuk hasilkan sebuh filem karakter Marvel iaitu Dr.Doom.

Noah yang juga pengarah untuk siri TV Fargo juga berkata filem berkenaan kini dalam proses pembangunan dan masih belum mempunyai pelakon-pelakon utamanya. Tidak dapat dipastikan samada aktor Toby Kebbell akan kembali membawakan watak Dr. Doom atau mungkin mereka akan mencari pelakon baru. Dalam filem Fantastic Four 2015, Toby adalah aktor yang membawa watak supervillain dalam filem tersebut, bagaimanapun dia pernah menyatakan hasrat untuk tidak mahu kembali membawakan watak tersebut.

Faktor utama Noah diangkat mkenjadi pengarah dalam filem ini oleh Fox adalah disebabkan hasil kerjanya dalam siri TV Legion. Kejayaan siri TV Legion telah menyebabkan pihak studio Fox kagum dan terus memilihnya untuk hasilkan filem Dr. Doom.

Toby Kebbell sebagai Dr. Doom

Dr. Doom merupakan antagonis utama Fantastic Four sejak ia mula diperkenalkan dalam siri Komik Marvel Fantastic Four dan telah menjadii villain utama dalam tiga filem Fantastic Four. Berdasarkan dari siri komik, Dr. Doom atau nama lainnya Victor von Doom, adalah saintis dari negara Latveria dan juga merupakan musuh ketat kepadda salah seorang ahli Fantastic Four iaitu, Deen Richard

Tidak banyak details yang diketahui buat masa ini, malah kini peminat tertanya-tanya adakah Fantastic Four akan teribat dalam filem Dr. Doom memandangkan kedua-duanya adalah musuh ketat. Malah, bagaimana filem ini dihasilkan juga pun tidak diketahui. Adakah filem Dr. Doom akan menampilkan karakter tersebut sebagai seorang anti-hero atau superhero, atau sebaliknya.


Dr. Doom sememangnya karakter villain dalam siri-siri komik, tetapi sejak kebelakangan ini dari siri–siri komik terbaru, Dr. Doom dilihat sebagai superhero dan telah mengambil mantel Iron Man dari Tony Stark. Kami akan bawakan perkembangan terbaru filem Fox ini dari masa ke semasa.


Related posts

Adam Driver Menjadi Pilihan Utama Marvel Studios Untuk Watak Reed Richards

Kakimuvee

John Krasinski Nafi Khabar Angin Kepulangannya Ke MCU Sebagai Reed Richards

Kakimuvee

Marvel Studios Sedang Membangunkan ‘Special Presentation’ Untuk Watak Silver Surfer

Kakimuvee

Marvel Studio Susun Semula Jadual Tayangan Beberapa Filem MCU Yang Akan Datang

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Fantastic Four: Lily James & Jodie Comer Antara Yang Dikaitkan Dengan Watak Sue Storm

Kakimuvee