Filem Zombi Terbaru Mamat Khalid, Zombi Kilang Biskut

0
712
views
sumber: studioh.com.my
sumber: studioh.com.my

Pengarah filem Mamat Khalid menyuarakan hasratnya untuk kembali mengarah filem Zombi walaupun sebelum ini beliau pernah menyatakan tidak mahu lagi terlibat dengan filem seperti ini.

Kali terakhir beliau muncul dengan filem Zombi adalah menerusi filem “Zombi Kilang Biskut” yang mana sambutan yang diterima hambar akibat beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya anggap ini masa yang terbaik untuk meneruskan sekuel terakhir yang tertangguh. “Zombi Kilang Biskut” memang tak dapat sambutan. Baru dua hari ditayangkan, tragedi MH370 berlaku. Macam mana kita nak buat promosi sedangkan negara sedang berduka dengan perkara berkenaan.”

“Sudahnya filem tersebut dipandang sepi. Tapi kali ini saya akan meneruskan sekuelnya dengan “Zombi Ultimatum”,” katanya kepada Utusan Online.

Tambah Mamat lagi, beliau juga akan menampilkan semula barisan pelakon asal filem “Zombi Kilang Biskut”.

“Zombi Ultimatum” kali ini akan mengisahkan tentang seluruh dunia diserang zombi dan mereka yang berada di Mekah dan Kampung Pisang sahaja akan selamat.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem terbarunya “Rock Bro” yang mendapat sambutan memberangsangkan sejak ia ditayangkan pada 27 Oktober lalu, beliau nyata lega dengan kejayaan filem tersebut.

Tambahnya lagi, “Rock Bro” adalah filem terakhirnya dalam francais “Rock” kerana tidak mahu orang bosan dan mahu membiarkan Rimba Bara menjadi sejarah yang akan dikenang.

Sementara itu, Mamat kini sedang sibuk dengan filem epik terbaru arahannya berjudul “Pasir Salak Pasir Berdarah” yang kini masih dalam perancangan.

Filem tersebut akan mengisahkan tentang apa yang berlaku di Pasir Salak, Perak terutamanya apa yang pernah berlaku kepada Raja Abdullah yang memerintah ketika itu.

Sumber: Utusan Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here