Filem X-Force Masih Dikekalkan Walaupun Fox Kini Dimiliki Disney

0
216
views

Pembelian 20th Century Fox oleh Disney telah mengembirakan ramai pihak lebih-lebih lagi peminat filem-filem Marvel kerana melihat karakter-karakter Marvel yang dimiliki oleh Fox telah kembali ke pangkuan Disney/Marvel Studio.

Walaupun begitu tidak kurang juga yang melahirkan perasaan bimbang terhadap filem-filem superhero yang dirancang oleh Fox sebelum pembelian aset Fox oleh Disney. Ini kerana, studio berkenaan merancang filem-filem superhero ‘R-rated’ yang sememangnya dinantikan peminat yang mahu melihat aksi sebenar superhero-superhero Marvel dalam filem.

Mereka bimbang sekirannya filem seperti Deadpool akan menjadi seperti filem-filem Marvel Cinematic Universe yang lebih menjurus kepada PG-13. Bagaimanapun, CEO Disney, Bob Iger memberi jaminan, filem-filem yang dirancang oleh Fox akan berjalan seperti biasa dan tiada perubahan ketara meskinpun Fox telah dimiliki oleh Disney. Antara yang tidak terkesan adalah filem X-Force yang bakal menampilkan Ryan Reynolds sebagai Deadpool dan Josh Brolin sebagai Cable.

Menurut sumber dari Movieweb.com (via Discussing Film), Drew Goddard masih lagi menjadi penulis dan pengarah filem X-Force dan filem berkenaan kini sedang dalam proses pembangunan. Cuma yang tidak dapat dipastikan sehingga kini  samada filem tersebut akan diterbitkan dibawah Studio Fox ataupun Marvel Studio.

Filem ala X-Men itu (tetapi lebih ganas berbanding X-Men) dijangka akan memulakan peringkat penggambaran pada 2019 dan dijangka akan ditayangkan dipenghujung filem 2019 atau dalam tahun 2020.

Berdasarkan komik, penubuhan X-Force sama seperti X-Men tetapi kumpulan ini terdiri daripada antihero dan bertindak lebih ganas berbanding X-Men. Pengumuman filem ini menerima sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat-peminat filem Marvel yang mahu melihat filem ala X-Men yang lebih ganas atau dalam erti kata lain ‘R-rated’ dilayar perak.

Setakat ini tiada perkembangan lanjut mengenai filem X-Force dan diharap filem kumpulan superhero ini dikelaskan sebagai ‘R-rated’ oleh Disney

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here