Filem Warna Cinta Impian Tiru ‘Dilwale’?

0
551
views

Warna Cinta Impian

Pengarah filem N. S. Krishna menyangkal dakwaan filem arahannya Warna Cinta Impian meniru konsep filem Bollywood iaitu Dilwale yang mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.

Krishna sebaliknya berkata, filem berkenaan siap menjalani penggambaran pada Ogos 2014 sebelum berita Dilwale yang menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol itu menjadi sebutan.

“Skrip filem ini disiapkan pada April 2014 dan penggambaran berlangsung pada Ogos tahun sama, jadi ia sebenarnya tidak meniru mana-mana filem termasuk Dilwale.

“Kelewatan filem ini ditayangkan kerana kami mengambil masa untuk proses suntingan kerana ingin memastikan hasilnya benar-benar memuaskan,” katanya kepada mStar Online.

Krishnan ditemui pada majlis pra-tonton filem berkenaan di Cathay@E-Curve di sini, Khamis.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Erra Fazira, Shiqin Kamal, Erwin Shah Dawson, Azlee Khairi, Nazeera Sardi, Fad Bocey dan penampilan istimewa Datuk David Arumugam.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada 31 Mac depan.

Dalm pada itu, Krishnan berkata, pihaknya memilih untuk memasukkan elemen Bollywood dalam naskhah berkenaan selepas melihat corak penonton yang kembali menyukai filem hindustan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah pihaknya sanggup menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Jaipur, India dan Sydney, Australia bagi memastikan sinematografi filem itu kelihatan cantik seperti mana karya-karya Bollywood.

“Elemen Bollywood itu sangat dekat dengan hati penonton di negara ini malah kami mahu kembalikan nostalgia penonton.

“Bagi merialisasikan perkara itu kami bukan sahaja menjalani penggambaran di luar negara malah turut menulis lagu asal untuk filem ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Krishnan berkata, bajet keseluruhan pembikinan filem itu berjumlah RM2.7 juta dan dia berpuas hati dengan hasil filem berkenaan.

Sementara itu, bercakap mengenai pemilihan Erra dan Awie, Krishnan berkata, penampilan mereka dibuat berdasarkan impak yang pernah diberikan kepada penonton menerusi filem lakonan mereka iaitu Sembilu.

“Erra dan Awie mempunyai keistimewaan tersendiri dan gandingan mereka akan mengubat kerinduan peminat terhadap mereka.

“Malah kami bertuah mendapat mereka untuk menjayakan filem ini biarpun bukan memainkan peranan utama dan selebihnya penonton kena ke pawagam nanti,” katanya.

Sumber: mStar Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here