Filem U-571: Fakta Atau Fiksyen

0
493
views

U-571 ada filem perang popular yang dihasilkan oleh studio Hollywood Universal Pictures. Filem ini digemari oleh peminat-peminat filem perang kerana dikatakan filem yang berdasarkan kisah sebenar. Malah filem ini juga telah memenangi anugerah Academy dalam kategori Sound Mixing disebabkan efek letupan dalam air dan bunyi semasa babak memburu kapal selam yang begitu realistik

Tetapi tahukan anda bahawa filem U-571 ini sebenarnya banyak menyimpang dari sejarah Perang Dunia kedua? Banyak pihak begitu berang semasa filem ini diterbitkan terutamanya pihak-pihak yang berada di Britain. Sebabnya? Pihak pertama yang berjaya mencuri mesin Enigma adalah pihak British bukannya Amerika!

Dalam filem U-571, mereka menunjukan sekumpulan askar Navy US telah menjalankan satu misi berani mati untuk mencuri mesin paling penting sekali dalam sejarah Perang Dunia Kedua dari tangan tentera laut Nazi German. Mesin yang dimaksudkan ialah Mesin Enigma. Mesin tersebut merupakan mesin kod yang begitu sukar di “crack” oleh pihak tentera bersekutu dan sering memberikan masalah kepada agensi perisikan kerana mesejnya sangat mengelirukan dan pelik.

Oleh itu, cara yang paling afdal untuk mereka “crack” coding tentera Nazi itu ialah dengan mencuri mesin tersebut supaya mereka dapat memahami rahsia dan cara untuk memecahkan coding yang dhantar oleh komander U-Boat ke pusat pemerintah mereka di Jerman.

Navy Assault – salah satu babak dalam filem U-571

Berdasarkan dari kisah sebenar semasa perang Dunia Kedua, filem berkenaan menceritakan bagaimana sekumpulan tentera Navy US menjalankan misi mencuri mesin tersebut dari sebuah kapal U-Boat Jerman iaitu U-571 pada tahun 1942. Mereka menaiki kapal selam S-33, menyamar sebagai U-Boat, merapati U-571 dan kemudian menawan kapal selam tersebut. Filem ini seolah-olah menunjukan tentera berikat terutamanya tentera Navy US telah menjalankan satu misi yang sangat penting yang mampu merubah perjalanan Perang Dunia terutamanya Perang di lautan Atlantik.

Mari kita lihat dari fakta sejarah.

US Navy sememangnya mempunyai kapal selam S-33, namun ia dilancarka pada tahun 1918 tetapi tidak disahguna sehinggalah 1945 dan US juga pernah mencuri mesin Enigma tetapi pada tahun 1944 dengan mudah menawan U-Boat 505 dan caranya tidak sama seperti yang digemburkan dalam filem.

Salah satu babak dalam Filem

Yang sebenarnya ialah British Navy adalah yang pihak pertama dapat mencuri mesin Enigma dari Nazi German. PAda tahun 1941, Kapal pemusnah HMS Bulldog telah dapat menawan U-110 selepas berjaya memaksa U-Boat tersebut muncul ke permukaan. Kapten U-110 dikatakan gagal menenggelamkan kapalnya selepas krewnya menyelamatkan diri dan menyebabkan tentera Navy British berjaya memasuki U-Boat tersebut dan menjumpai mesin paling bernilai bersama-sama buku kod.

Mesin tersebut telah dibawa Chyper School di Bletchey Park dan kemudiannya diserahkan kepada Alan Turing untuk decode (kisah Alan Turing menerima mesin Enigma ini ditunjukan dalam filem The Imitation Game 2014).

Mesin Enigma yang menjadi buruan tentera berikat semasa perang dunia kedua

Disebabkan fakta yang begitu menyimpang jauh, ia telah menyebabkan rakyat British terutamanya veteran-veteran perang mengecam teruk filem U-571 kerana mengangkat tentera Navy US sebagai hero yang berjaya mencuri mesin Enigma pertama. Media-media di Britain menyifatkan filem ini memalukan dan merosakkan filem-filem yang diadaptasi dari sejarah.

Malah semasa mereka mencuri mesin Enigma dari U-505 pada tahun 1944, pihak British yang menyalurkan maklumat perisikan dan US Navy tidak berpeluh seperti yang ditunjukan dalam filem U-571.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here