Filem Tulus Ikhlas, Adaptasi Dari Iklan Raya Astro First Eksklusif

0
162
views

TulusIkhlas

Masihkah anda ingat pada iklan raya keluaran syarikat BERNAS mengenai dua kanak-kanak kurang upaya penghuni rumah anak yatim pulang beraya, yang pernah menyentuh hati kita sekitar tahun 2012?

Kini, setelah empat tahun berlalu, kesinambungan kisah dua sahabat ‘Adi dan Buyong’ dipaparkan dalam filem berjudul Tulus Ikhlas dan bakal ditayangkan khas di Astro First Eksklusif.

Pengarahnya, Hafiz Ibrahim yang juga merupakan pengarah iklan raya tersebut berkata, filem ini menceritakan kisah dua kanak-kanak tersebut di alam dewasa.

Hafiz turut memberitahu, seperti iklan raya tersebut filem Tulus Ikhlas masih mengekalkan pelakon cacat penglihatan bagi memainkan watak utamanya.

“Semasa saya buat iklan BERNAS, dua budak kecil itu berusia sekitar lapan hingga 12 tahun dan untuk filem ini adalah kisah mereka dalam alam dewasa.

“Saya masih mengekalkan asas yang sama, iaitu penggunaan pelakon cacat penglihatan bagi watak Adi, dan bagi watak cacat pendengaran, pelakon Azmi Bahron memainkan watak Buyong sangat hebat sehingga ramai fikir dia benar-benar pekak,“ jelas Hafiz ketika ditemui di tayangan perdana filem tersebut di ibu kota pada Selasa.

Bagi salah seorang watak utama filem ini, Mohd Safiq Arshad yang memainkan watak Adi, walaupun baru kali pertama berlakon, kekurangan yang dimilikinya tidak sedikit pun memberi rasa kekok.

Malah, Mohd Safiq berharap agar filem ini dapat membuka lembaran baru bagi orang kurang upaya sepertinya yang sebenarnya berupaya menceburi pelbagai bidang.

“Saya harap dengan keluarnya filem ini ia dapat membuka mata orang ramai mengenai pandangan skeptikal ke atas golongan kurang upaya.

iklan1.jpg.transformed
Barisan pelakon filem Tulus Ikhlas

“Kalau sebelum ini ada Caliph Busker yang dah ke hadapan dalam bidang nyanyian dan sekarang orang buta dalam bidang lakonan pula,” kata Mohd Safiq yang memainkan peranan Adi.

Selain Adi, filem berdurasi 90 minit ini turut dibintangi oleh Azmi Bahron, Marissa Yasmin, Rahhim Omar dan Azri Iskandar.

Tulus Ikhlas membawa penonton menerjah kehidupan dua insan kurang upaya bernama Adi dan Buyong.
Adi merupakan seorang cacat penghlihatan manakala Buyong seorang yang cacat pendengaran meneruskan kelangsungan hidup sebagai tukang urut kaki di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Saksikan kesudahan persahabatan Adi dan Buyong di saluran 480 Astro First Eksklusif mulai 20 Februari ini.

sumber: Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here