Filem The Martian Catat Keuntungan Besar Di Utara Amerika Sahaja

0
192
views

The Martian

FILEM The Martian, yang menyaksikan Matt Damon membawa watak angkasawan-botanis yang terpaksa mengharungi kehidupan seorang diri di Planet Marikh selama lebih setahun selepas dia tertinggal dalam insiden ribut taufan telah berjaya mengutip jualan tiket sehingga AS$55 juta pada minggu pertama tayangannya di Amerika Utara sahaja.

Filem arahan pengarah terkenal Ridley Scott itu berjaya menyamai kutipan yang dibuat oleh sebuah lagi filem mengenai penerokaan angkasa lepas – Gravity, yang berjaya membuat jualan tiket sehingga AS$55.8 juta untuk tempoh yang sama dua tahun lalu.

The Martian adalah filem adaptasi novel Andy Weir.

Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa) dan Agensi Angkasa Lepas Eropah telah bertindak sebagai pakar runding sepanjang pembikinan filem tersebut dalam usaha untuk menjadikannya setepat yang boleh dengan realiti semasa.

Filem The Martian muncul di pawagam selang beberapa minggu selepas Nasa mengumumkan yang mereka telah berjaya menemui kesan aliran air di permukaan Marikh.

Ia adalah kebetulan yang memberi publisiti percuma kepada filem sains fiksyen ini.

Sementara itu, pendahulu carta minggu lalu, Hotel Transylvania 2 jatuh ke tempat kedua dengan kutipan jualan sebanyak AS$33 juta manakala filem mengenai perang dadah, Sciario berada di posisi ketiga dengan kutipan sebanyak AS$12.1 juta.

sumber: mStar Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here