Filem Terbaru Kalla Bakal Menampilkan Faizal Hussein dan Vanida Imran

0
501
views

Pelakon berusia bukanlah penghalang untuk berlakon dalam sesebuah filem. Yang penting adalah prestasi yang mereka tunjukan semasa dihadapan kamera. Bagi pengarah filem Kalla Wan Hasliza Wan Zainuddin, pemilihan dua pelakon senior iaitu Faizal Hussein dan Vanida Imran untuk membintangi filem terbaru arahannya disebabkan kedua-duanya memiliki ciri-ciri yang dikehendaki olehnya.

Bagi pengarah tersebut, pemilihan kedua-dua pelakon senior itu adalah tepat.

“Untuk hidupkan watak pensyarah yang pakar dalam ilmu Sejarah tak boleh didokong orang muda. Pelakon itu mestilah sangat berkaliber, berkarisma dan Faizal ada ciri-ciri itu.

“Bukan senang nak cari pelakon seperti Faizal yang mampu melakonkan pelbagai karakter. Pemilihan Vanida juga tepat kerana meskipun berusia, dia ada sesuatu yang tiada pada pelakon lain,”

Dalam filem Kalla, Faizal Hussein akan membawakan watak sebagai pensyarah Sejarah bernama Ezahar dan manakal Vanida akan membawakan watak Serina, seorang wanita jelita yang hidup dalam misteri.

Menurut Wan Hasliza, tidak mudah baginya untuk menyiapkan filem tersebut kerana ia membabitkan set yang besar selain terdapat banyak aksi dan kesan khas.

 

Malah kru produksi perlu membuat sendiri 60 peratus set penggambaran termasuk kesan runtuhan bangunan yang dibom.

Selain Faizal dan Vanidah sebagai pelakon utama, Kalla turut menampilkan pelakon dari Indonesia iaitu Farali Khan.

Sementara itu, pengarah Love, Supermoon berkata ketika ini penggambaran sudah masuk hari ke 40 dan mereka akan berehat seketika berikutan salah seorang pelakon Azhan Rani sedang mengerjakan umrah dan akan kembali masuk ke set selepas dia pulang ke tanah air.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun 2018.

Sumber: Harian Metro, Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here