Filem Terbaru DC, Bird Of Prey Akan Diklasifikasikan Sebagai R-Rated

0
53
views

Berkemungkinan besar, filem terbaru DC, Bird of Prey akan menjadi filem pertama DC yang diklasfikasikan sebagai ‘R-Rated’

Pekara ini didedahkan sendiri oleh salah seorang pelakonnya, Margot Robbie semasa sesi temubual untuk filem terbarunya, Terminal

Pelakon tersebut turut berjanji bahawa filem Bird of Prey akan ‘berbeza’ dengan filem-filem yang menampilkan Harley Quinn sebagai pelakon dan ianya juga akan dibikin dengan modal yang rendah.

Selain itu juga, Robbie turut mengesahkan, pengarah Cathy Yan akan mengarahkan projek terbaru manakala penggambarannya akan bermula pada Januari 2019. Filem ini juga ditulis oleh penulis skrip Christina Hodson.

Bird of Prey merupakan salah satu filem yang sedang dirancang oleh DC, setakat ini tiada pelakon lain selain Harley Quinn diumumkan dan masih belum memiliki tarikh tayangannya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here