Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Spin-Off John Wick Mungkin Akan Dihasilkan.


Babak yang menampilkan seorang Ballerina sedang menari dihadapan karakter The Director lakonan Anjelica Huston dalam filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum mungkin mencerahkan peluang untuk sebuah filem ‘spin off’ John Wick dihasilkan.

Mungkin buat masa ini belum ada kata putus dari pihak studio Lionsgate untuk menghasilkan filem spin off John Wick. Tetapi jika dilihat 2 tahun kebelakang, iaitu ketika filem  John Wick: Chapter 2 diterbitkan,pihak studio telah merancang untuk mengembangkan lagi dunia John Wick dengan filem pertama yang dicadangkan adalah berjudul Ballerina.

Diberitakan, filem berkenaan ditetapkan dalam dunia John Wick dan mengisahkan tentang pembunuh wanita yang ingin menuntut bela diatas kematian ahli keluarganya.

John Wick: Chapter 3 – Parabellum ada menunjukkan sekumpulan ballerina yang berada dibawah perlindungan The Director, jadi tidak mustahil pihak studio akan mengambil cebisan dari filem ketiga John Wick itu untuk dijadikan sebagai sebuah filem ‘spin off’.

Dunia John Wick sebenarnya telahpun dikembangkan menerusi siri televisyen The Continental yang akan memulakan penggambaran dalam tahun ini.


Jadi kepada peminat francais John Wick, adakah anda mahu filem Ballerina dihasilkan? berikan pendapat anda.


Related posts

BALLERINA: Pengarah Kongsikan Kemaskini Spin-Off John Wick Lakonan Ana de Armas

Kakimuvee

Peacock Dedah Gambar Terbaru Siri Prekuel John Wick ‘The Continental’

Kakimuvee

Teaser ‘The Continental’ Pratonton Sekuel Francais ‘John Wick’

Kakimuvee

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Aksi-Aksi Keanu Reeves Dalam Gambar Terbaru John Wick: Chapter 4

Kakimuvee

Bintang The Walking Dead Norman Reedus Sertai Spin Off John Wick “Ballerina”

Kakimuvee